Monday, March 18, 2013

KENALI GEJALA-GEJALA SIHIR


Nov 29, '10 11:58 PM
for everyone

KENALI GEJALA SIHIR
Sihir diterjemahkan dengan terjemahan yang pelbagai oleh para pengkaji Timur dan Barat. Namun, secara keseluruhannya sihir bolehlah diertikan sebagai satu ilmu jahat yang diamalkan atau digunakan dengan bantuan jin bagi menghasilkan satu tindakan yang sukar diterima oleh akal manusia. Firman Allah dalam surah al-Jin ayat 6 yang bermaksud:-

"Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki diantara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki kalangan jin. Maka jin itu menambahkan mereka dosa dan kesalahan".

Sihir telah difirmankan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a.s. Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi s.a.w.

ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR?

Persoalan sama ada nabi pernah disihir atau pun tidak telah menjadi pertikaian dikalangan para ulama Islam. Sebahagian ulama' menolaknya kerana merasakan kejadian sedemikian mengaibkan martabat nabi yang merupakan hamba yang terpelihara. Manakala sebahagian ulama' pula tidak menafikan malah membenarkan kenyataan nabi disihir, Maka dalam hal ini kita merujuk sepertimana hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

Dari Aisyah: “Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka”

Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatuyang mengaibkan martabat Ar-Rasul s.a.w., akan tetapi menurut Qadhi Iyadh, katanya”(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah jimak bahawa Nabi dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang harus berlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata”.Juga Qadhi “Iyadh menegaskan: “Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakitpenyakit”.

Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah s.w.t. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasama dengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut

CARA MENGHADAPI SIHIR

Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah “Azza Wajalla”. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.

Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.

Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah S.WT. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin yang tidak beramal dengan petunjuk Allah S.WT.

Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu Taymiyah.

KERASUKAN

Satu lagi ciri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi SAW. bersabda yang maksudnya:

“Jin itu ada tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah randah”.

Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, diantaranya:-
Iblis - Bapa segala jin
As Syaitan – Syaitan
Al Muraddah - Peragu (pewas-was)
Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)
Al A”wan - Penolong-penolong (khadam)
Al-Ghawasuum- Penyelam-penyelam
Atthiaruun - Penerbang-penerbang
Attawabi’ - Pengikut-pengikut
Al Qarna’ - Pengawan-pengawan
Al ‘Ammar – Pemaa’mur-pemaa’mur

GEJALA GANGGUAN SIHIR TERHADAP MANUSIA

FIZIKAL
1)    Kaki dan tangan kesejukan
2)    Pening kepala disebahagian atau keseluruhan
3)    Tekak / leher terasa keperitan (sakit)
4)    Terasa gatal-gatal disekitar bahagian kemaluan
5)    Bulu roma tiba-tiba meremang
6)    Dada terasa sakit dan jantung berdegub kencang.
7)    Kurang pendengaran / pekak
8)    Telingga berdesing / bising berkeruk-kerak
9)    Tengkok terasa sakit bangun dari tidur
10)  Tardapat kesan lebam di tubuh badan
11)  Ngeri / panas / sakit pada bahagian kemaluan
12)  Terasa bahang / kepanasan dimana-mana anggota badan
13)  Kaki kekejangan ketika sedang tidur
14)  Terasa mengantuk yang amat sangat (bukan diwaktu tidur)
15)  Sakit gatal-gatal berpanjangan
16)  Sakit dada atau sesak nafas atau panas atau rasa mencucuk
17)  Gangguan dipangkal rahim / prostate / ginjal
18)  Mata menjadi kabur secara tiba tiba
19)  Putih mata betukar merah berpanjangan
20)  Sakit perut atau pedih diulu hati
21)  Pangkal hidung sering gatal-gatal
22)  Sukar bangun atau duduk
23)  Sukar bergerak atau berjalan
24)  Perut semakin hari semakin membesar (Busung)
25)  Sering termuntah-muntah
26)  Batuk yang berpanjangan (berbulan-bulan)
27)  Terdengar letusan / ledakan dirumah (seperti di bumbung rumah atau di dapur)
28)  Melihat kelibat keputihan melintas didalam rumah
29)  Mendengar orang bercakap-cakap
30)  Ketawa,dan menangis, menjerit tanpa sebab
31)  Kulit bertampuk keputihan
32)  Rambut gugur dengan banyak
33)  Bisul merata tempat pada tubuh badan
34)  Badan terasa bias-bisa
35)  Badan terasa mencucuk-cucuk
36)  Mengigau / berjalan-jalan semasa tidur
37)  Merintih atau mendengkur ketika tidur
38)  Air liur basi meleleh semasa tidur
39)  Gigi geraham bergeselkan ketika tidur
40)  Gigi cepat reput
41)  Memiliki kekuatan fisikal melebihi tenaga manusia biasa
42)  Terasa pening apabila mencukur rambut

FIKIRAN / JIWA
1)    Selalu sakit kepala (migraine)
2)    Sering terlupa dan terleka
3)    Sukar melelapkan mata ketika hendak tidur
4)    Kebingungan / termanggu-mangu
5)    Fikiran sering tertekan
6)    Berbicara bersendirian
7)    Suka bersendirian
8)    Anak-anak menjadi degil / garang
9)    Anak kecil sering menanggis sehingga kejang
10)  Anak kecil sering terkejut semasa tidur
11)  Anak kecil menangis tak mahu hisap susu ibunya
12)  Anak kecil sering manangis berpanjangan tengah malam
13)  Anak berumur 2 tahun keatas masih belum bercakap
14)  Sering marah-marah / bengis tanpa sebab
15)  Isteri mengongkong suami, jika tidak ikut katanya ia akan melenting
16)  Bersikap kasar dan biadap terhadap orang tua
17)  Ketindihan (terasa seuatu yang berat menghempap ketika tidur)
18)  Selalu bermimpi yang menakutkan / mengerikan / mengerunkan.
19)  Sering buruk sangka, was was terhadap sesuatu perbuatan
20)  Dapat melihat makhluk halus (sering terjadi pada keturunan SAKA)
21)  Terdengar ada bisikan didalam hati / telinga
22)  Berbau busuk atau hanyir
23)  Tidak mendapat zuriat setelah lama berkahwin (Mandul)
24)  Mudah naik marah / berang / tersinggung / suka melenting (SAKA)
25)  Boleh meneka sesuatu kejadian yang akan terjadi
26)  Sering terlihat penyamaran jin atau hantu, orang lain tak kelihatan

PERALATAN RUMAH
1)      Peralatan letrik TV, mesin basuh, seterika, mentol lampu dan lain-lain mudah rosak
2)      Lampu terpadam dengan sendiri
3)      Peralatan letronik cepat rosak (seperti telifon bimbit & dll)
4)      Nada dering bertukar secara tiba-tiba
5)      Menerima pesanan yang menakutkan
6)      Peralatan perabut mudah patah atau pecah
7)      Pintu bilik dirumah terkunci dari dalam dan tebuka sendiri
8)      Pintu atau tingkat berdentum (seperti terhempas)

MAKANAN DAN MINUMAN
1)      Masakan mudah basi
2)      Makanan melompat atau berdiri dengan sendirinya
3)      Air minuman diats sejuk dibawah terasa panas
4)      Air minuman cepat basi
5)      Makan yang di beli cepat basi
6)      Makanan / minuman tertumpah atau terjatuh ketika hendak menjamah makan
7)      Pinggan atau gelas pecah ketika hendak makan / minum
8)      Gelas minuman meletup dan pecah berderai

IBADAH
1)      Selalu terlupa raka'at dalam solat atau ragu bilangan raka'atnya
2)      Fikiran sering terganggu
3)      Selalu was was dalam solat
4)      Sukar bangun (pagi) subuh
5)      Sering mengantuk, mata berat ketika berzikir atau  ketika membaca Al-Qur'an
6)      Sering batal ketika wudhu atau mandi junub
7)      Mendengar membaca ayat Al-Qu’an dada terasa sakit atau berdebar-debar atau gelisah
8)      Sering meninggalkan solat fardhu
9)      Membaca surah Al-Falaq, An-Nas, Al-Ikhlas, Yasin / Ayat Kursi tidak hafal atau selalu terlupa.

PERLAKUAN SIHIR TERHADAP MANUSIA

1)    Menyamar diri masuk ketubuh perawat semasa pesakit mendapatkan rawatan dengan membuat bisikan kepada hati perawat tanpa disedari (perawat kurang mahir akan berkata - si polan / anak kamu / engkau ni ada keistimewaan tertentu) berbuat sedemikian adalah bertujuan untuk kekal lebih lama dalam tubuh orang tersebut.
2)   Menghasut dengan cara membisik kedalam hati dan fikiran pesakit atau keluarga pesakit supaya membangkitkan suasana tidak percaya mempercayai kerana terasa terancam bila berhadapan dengan perawat yang mahir supaya mereka terselamat dan dapat mendiami tubuh pesakit hingga keakhir hayat, agar cita-citanya untuk menyesatkan manusia tercapai dan terlaksana.
3)    Menyembur benda yang kotor kedalam makanan atau minuman (air longkang / air limbah / kencing / najis / tanah kubur dan sebagainya)
4)    Meletakkan pelbagai racun berbisa kedalam makanan dan minuman
5)    Membawa masuk pelbagai racun berbisa ketubuh manusia
6)    Meletak mengadakan penjaganya untuk mengaktifkan dan menunggu racun dalam tubuh
7)    Sentiasa berada / berlegar-legar didalam dan luar rumah
8)    Merasuk manusia supaya membuat kerja-kerja jahat
9)    Sentiasa memerhati dan berada disetiap tempat dan sudut didalam  rumah
10)  Menganggu aktiviti ibadah manusia
11)  Menganggu anak dalam kandungan
12)  Anak dalam kandungan keguguran
13)  Anak cacat anggota semasa dilahirkan
14)  Anak yang dilahirkan pekak dan bisu
15)  Anak kecil sering memandang keatas dan ada kalanya tersenyum
16)  Mengambil / menghilangkan anak dalam kandungan
17)  Memasuki rumah ke rumah pada waktu magrib (mencari darah wanita ketika haid)
18)  Mengutip / menyedut darah manusia melalui (tuala wanita yang masih berdarah)
19)  Mengambil / memakan janin atau darah manusia
20)  Menyamar sebagai orang alim berserban
21)  Mengistiharkan / mendakwa dirinya adalah penjaga sipolan-sipolan
22)  Menyamar anggota / ahli keluarga (suami / isteri / anak / datuk / nenek / moyang)
23)  Menyamar kehadiran sebagai haiwan atau serangga
24)  Merosakkan fungsi organ atau anggota badan
25)  Penyakit yang sama berlaku / menular dalam ahli keluarga
26)  Mengawal hati dan perasaan serta fikiran manusia

GEJALA GANGGUAN MKHLUK HALUS / SIHIR / SANTAU

Sihir yang diistilahkan sebagai keturunan atau Saka Baka dalam sesebuah keluarga itu diantaranya :
1)      Mandul (bukan sebab beradat seperti kemalangan yang teruk jatuh yang kuat bersukan)
2)      Sentiasa berlaku keguguran anak dalam kandungan.
3)      Anak hilang dalam kandungan bila sampai umur enam bulan keatas.
4)      Melahirkan anak yang cacat anggota atau fikiran atau kedua-duanya sekali.
5)      Melahirkan anak yang buruk akhlak ada seperti dibawah ini:
                                i.   Iri hati ayang amat sangat
                               ii.   Cekas marah atau panas baran
                              iii.   Cemburu
                              iv.   Buruk sangka
                               v.   Mimpi yang menyeronokkan yang tidak menjadi kenyataan
6)      Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah
7)      Mimpi buruk yang menakutkan
8)      Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
9)      Mimpi melihat makhluk halus.
10)  Mimpi melihat binatang seperti ular,kucing,tikus dan sebagainya.

PENJAGAAN KEPADA PEMILIK SIHIR

1)      Mengaku isteri yang ghaib iaitu orang bunian (syaitan)
2)      Mengaku anak yang ghaib (anak syaitan – bunian)
3)      Membelai tuannya setiap malam
4)      Memeluk tuannya ketika sedang tidur lena
5)      Sentiasa berada diatas bumbung rumah
6)      Sentiasa bersama menemani tuanya kemana saja
7)      Sentiasa patuh kepada arahan tuannya
8)      Menunggu barangan milik tuannya
9)      Mengarahkan rakan-rakannya menunggu harta milik tuannya

PENYAMARAN SIHIR TERMASUK SIHIR SAKA KETURUNAN

1)    Menyamar kehadiran sebagai panglima, pendekar, pahlawan, permaisuri, puteri cantik, perempuan cantik, orang bunian, orang tua, ulamak berserban, berjubah, nenek kebayan, penjual ikan, ahli keluarga dan mengaku sebagai penjaga.
2)    Menyamar sebagai tikus, harimau putih, kucing putih, beruang putih, anjing hitam, ikan duyung, mawas. Ular, katak, serigala, belalang, rama-rama, anai-anai dan burung.
3)    Menjelma sebagai pocong, hantu tinggi, hantu raya, puntianak, langsuir, bajang, polong, toyol, jerangkong, jembalang, sialang, puteri bunian, hantu kopek, lembaga hitam, nenek kebayan, penanggal, pelesit. hantu tinggi, hantu galah, hantu bungkus dan sebagainya.
4)    Menunjukkan diri dengan wajah yang buruk dan hodoh, kuku yang kotor dan panjang, muka yang berkedut-kedut, kulit kedut seibu, rambut menghurai, menunjukkan taring, berbadan besar berbulu, bertanduk satu, mata merah menyala, berkepala botak, bermata satu, bongkok bertungkat, memakai tudung atau selendang, pakaian putih bersih/kotor dan koyak rabak, berbaju kebaya, dan pakaian compang comping

PERUBAHAN YANG KETARA

1)    Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isteri / suaminya.
2)   Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup meminum air yang mendidih.
3)    Suami dan isteri secara tiba-tiba tidak merasa aman dalam perhubungan, benci-membenci diantara satu dengan yang lain walau pun sebelum itu mereka sangat berkasih-kasihan.
4)    Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.
5)    Penyakit-penyakit samada fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan PUNCAnya oleh doctor-doktor yang pakar.

TINDAK BALAS SIHIR

1)      Dada terasa sakit tiba-tiba
2)      Tepi kiri dada merasa kesakitan
3)      Jantung terasa mencuck dan menyakitkan
4)      Nafas terlalu pantas
5)      Tiba-tiba pitam (bukan kerana berjemur/terkena panas matahari)
6)      Sering pitam tidak tentu masa
7)      Kesakitan didada secara mengejut
8)      Dada terasa mencucuk-cucuk
9)      Kepala sakit yang amat sangat
10)  Kaki atau tangan mengeletar
11)  Sukar atau tidak dapat kencing
12)  Terasa seperti kena tolak
13)  Tidak sedar diri apa yang berlaku
14)  Pangkal ari terasa sakit
15)  Buah zakar besar sebelah
16)  Tengkok merasa sakit
17)  Pinggang merasa sakit
18)  Tiba-tiba pening
19)  Merasa sakit dibahagian sendi-sendi
20)  Terdapat bekas lebam-lebam pada tubuh
21)  Jari jemari tangan atau kaki kebas
22)  Kesakitan yang mencucuk-cucuk
23)  Gatal-gatal secara mendadak
24)  Mata semakin kabur
25)  Perut semakin membesar
26)  Jari kaki atau tangan terasa mencucuk-cucuk
27)  Anggota badan menjadi bengkak, bonjolan atau membesar
28)  Mata menjadi merah
29)  Kerap termuntah-muntah
30)  Kaki dan tangan kesejukan
31)  Terasa sesuatu memasuki tubuh
32)  Kekejangan otot-otot
33)  Mengeluarkan bunyi - mengilai
34)  Setiap sihir akan memusnahkan ahli keluarga tuannya terlebih dahulu
35)  Setiap sihir akan memakan tuannya kembali hingga binasa

KETAHANAN DIRI
1)      Sentiasa mengingat Allah SWT (berzikir) setiap waktu
2)      Membaca Al-Qur’an dan tahu ertinya, selepas solat maghrib
3)      Menguasai Ilmu Hadis dan hukum-hukum Islam.
4)      Tekun melakukan ibadah
5)      Bergaul atau berkumpul dengan orang Soleh
6)      Memakan makanan yang halal
7)      Berpuasa setiap isnin dan kamis yang semuanya kerana Allah SWT
8)      Jangan sekali-sekali membawa ke bomoh/dukun kerana perbuatan itu termasuk syirik.

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembuh sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
a)      Surah Al-Baqarah ayat : 1-6
b)      Surah Al-Baqarah ayat: 255-257
c)      Surah Al-Baqarah ayat: 284-286

SIHIR DALAM MASYARAKAT MELAYU

Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.

Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi mencapai apa saja yang dihajatinya. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-

a)    Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
b)    Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
c)    Polong : Bagi menghisap darah mangsa
d)    Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.

Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.

CARA PAGAR DIRI DARI TERKENA SIHIR???

Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, bahawa Baginda bersabda: “Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw”. (Imam Malik)

PAGAR DIRI DARI TERKENA SIHIR

Cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir) di bawah ini di nyatakan cara-cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda pada bila-bila masa saja. ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

PAGAR DIRI PERTAMA

Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah.
Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:

“Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah,dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu”.

Riwayat al Bukhari.

PAGAR DIRI KEDUA

Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya: “Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: ‘Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci”

Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.

PAGAR DIRI KETIGA

Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka.

Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: “Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya”.

Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.

PAGAR DIRI KEEMPAT

Rajin melalukan dan mendirikan Solat Tahajjud ditengah malam untuk memagarkan diri dari sihir. Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas’ud r.a. telah berkata:
Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur ingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda: Ertinya: “Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya”

Riwayat al Bukhari dan Muslim.

PAGAR DIRI KELIMA

Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas.

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata :

Ertinya: “Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan”.

Riwayat al Bukhari dan Muslim.
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

PAGAR DIRI KEENAM

Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :

“Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya”

Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik.

PAGAR DIRI KETUJUH

Berwuduk sebelum tidur, dengan membaca Bimillah 21x, Al-fatihah, 4 Qul. al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:

“Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi”.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:

“Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ía sendiri sememangnya penipu”.Riwayat al Bukhari.


16 comments:

  1. assalam , bagaimana pula mau ubat orang yang normal tiba tiba muka dia biut atau cacat ke sebelah ?? apa itu tanda terlanggar jin? mohon reply , urgent !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Tuan , Saya Ada Pengalaman Itu , Kecacatan Wajah Belah Kiri , Dalam Bahasa Perubatan Nama dia "Bells Palsy" Cara Rawatan Paling Bagus Adalah Dengan MENGAKTIFKAN SEMULA URAT URAT WAJAH , Cara Nya Boleh Pergi Ke HOSPITAL TUNG SHIN Berhadapan Dengan HENTIAN PUDU RAYA KUALA LUMPUR , Jika Mahu Info Lanjut Huhungi Saya 0149666613 , Jangan Risau Sy Tidak Di Bayar Apa2 Hanya Tunjuk kan jalab penyelesaian , Alhamdulilah Saya Kembali Normal 95% Selepas Rawatan.

      Delete
  2. assalam , bagaimana pula mau ubat orang yang normal tiba tiba muka dia biut atau cacat ke sebelah ?? apa itu tanda terlanggar jin? mohon reply , urgent !

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas info..sgt berguna dan bermanfaat..

    ReplyDelete
  4. Terima kasih dan salam ukhwah ..info yg sgt bermanfaat utk dkongsikan..alhamdulillah

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas info..sgt berguna dan bermanfaat..

    ReplyDelete
  6. Saya kalau dengar ayat al-quran je rasa berdebar²,xsenang duduk,kena berubat ke?

    ReplyDelete
  7. Info yg menarik, jga blh dptkn buku brkenaan "Perwatan Jin & histeria karangan Ustaz Syeikh Abdussalam Bali" cadangan wasalam

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum..ustaz sy nak bertanya..saya dan abg ada gangguan,jenis bisikan..dah dekat 6 thn.merata dah berubat em abis duit.sampai sekarang,dah x kisah.apa yg terjadi pasti ada hikmah..bagi saya allah sayang saya..tp abg saya,dia mcm lain jauh dr kluarga.nak nasihat!mcm lbih dgr hasutan tue..dia boleh nampak syaitan tue..bg saya plk 1 bisikan tue seribu kejahatn yg dia bleh buat..saya x mau dgar ..tp!saya mampu zikir..sembahyang..sy takut tiba2.Boleh tak ustaz bagi pencerahan..saya perlukan bantuan ustaz 0174935422.shafarudin

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum. Ustaz sy slalu bertengkardg suami sy sejak kawen dah 15 tahun hingge saat ini

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum , ustaz , saya sering mengalami kesejukan pada tangan dan kaki , tidak kira di mana saya berada , saya juga , sering lenguh2 1 badan selepas tidur yang tidak lena , dan sering terjaga2 daripada tidur kerana badan terasa sangat panas dan tekak pula terasa sangat2 dahaga seolah2 saya x minum berhari2, dan saya boleh meneguk air botol besar tu sekali gus sahaja , setiap kali saya solat , saya pasti akan menguap seolah2 saya mengantuk , tapi selesai solat , saya kembali normal .

    Baru2 ni , saya bermimpi , anak patung sebelah saya , yang selalu berada atas katil saya , membelai saya dalam tidur , dan dalam mimpi itu , saya terasa sangat takut , saya cuba baca surah ayat kursi ,tak lepas2 ustaz , benda itu seolah2 cuba masuk ke dalam badan saya melalui belakang saya , sbb dalam mimpi itu saya terasa sangat sakit di bahagian tulang belakang saya , seolah3 ada orang tekan .

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum ustaz sye nk tanye Kan tentang ayah saye dye demam tk kebah kebah Dan sakit kaki rse kebas2 batuk yang lama berpanjangan Dan bdan sntiasa lemah..mak Ade bercerita dngn kawan Nye tentng kesihatan ayah Dan tdi scara tiba2 sye tnye kn dengan mak knpe maknape masalah tiba2 sye trase seprti kembang dikpala Dan tengkok lpastu trun di tangan pla rse buku Roma tu Naik dngn menanak Dan lpas tu dye beristifar

    ReplyDelete
  12. Saya penderita sihir, selama 20 tahun ini saya di serang setiap hari, Badan saya terasa Panas Menggelegak, Di hidung terasa seperti di Cucuk, Di Mata-Telinga-Leher seperti ada benda yang bergerak-gerak. Di sebelah Malam tidur saya diganggu. Penyihir itu telah mengunci dengan sihir, fikiran saya - hati - mata dan mengetahui dimana saya pergi - Dengan siapa saya berjumpa. saya sangat bimbang diperangkap.Mohon doakan saya.
    Allahallahsatu@gmail.com

    ReplyDelete
  13. Salam ustat.. Izinkan sy dn keluarga utk guna dn amalkan ilmu ni serta sy mohon doakan sy sekuarga utk kejayaan dunia akhirat.

    ReplyDelete
  14. Saya sangat gembira hari ini bersama keluarga saya. Nama saya Angela, tinggal di Amerika Syarikat, Suami saya meninggalkan saya selama satu tahun, dan saya sangat menyayanginya, saya telah mencari jalan untuk mendapatkannya kembali sejak itu. Saya telah mencuba banyak pilihan tetapi tidak berjaya sehinggalah saya berjumpa dengan seorang rakan yang memperkenalkan saya kepada Dr UDAMA, seorang tukang sihir yang membantu saya membawa balik suami saya selepas 2 hari. Saya dan suami hidup bahagia bersama hari ini kerana mengikut arahan Dr UDAMA yang hebat. Lelaki itu hebat, anda boleh menghubunginya melalui Email : (udamaada@gmail.com). dan nombor hubungan terus dan whatsappnya ialah ( +27658978226 ) Sekarang saya akan menasihati mana-mana orang yang serius yang mendapati diri mereka dalam masalah seperti ini untuk menghubunginya sekarang penyelesaian yang cepat tanpa tekanan..

    ReplyDelete

"Tiada yang berkuasa melainkan Allah.Selain daripada Allah, makhluk semua langsung tak boleh beri manfaat atau pun mudharat.Allah yang Maha Pencipta dan Pentadbir. Tadbir Allah meliputi segala-galanya. Tiada yang tersembunyi walau sedikit pun."

"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji"

"Jalan menuju Syurga tidaklah dihiasi dengan bunga-bunga yang indah, melainkan dipenuhi dengan rintangan-rintangan yang berat untuk dilalui oleh manusia kecuali orang-orang yang diberi ketegaran iman oleh Allah. Tetapi ingatlah di hujung jalan ini ada Syurga yang Allah sediakan untuk hamba-hambaNya yang sabar menempuhnya."