Monday, March 18, 2013

CERITA SI KECIL TERSEREMPAK DENGAN JIN

 Si kecil tertidur di ruang tamu,lalu ku suruh abangnya berteman ambilkan lampin adik di bililk tingkat atas.Tapi Abdullah dengan beraninya berkata,
''Takpe Ummie Abdullah pergi ambil sorang jer,tak takut pun.Tak payah teman bukan ada apa-apa pun kat atas tu''. Anak ke 2 aku ni memang kuat semangat berbanding anak sulongku yang sangat-sangatlah penakut dan lemah semangat,nak naik ke tingkat atas atau kemana-mana sahaja dalam rumah ni dia takut..Dengan selambanya Abdullah turun dari tingkat atas sambil memegang lampin pakai buang adiknya.Ceria saja wajahnya seperti tidak ada apa-apa yang berlaku,jadi aku dan suami tidak ada syak apa-apa.
   Suatu hari semasa makan siang bersama-sama anak-anak,dan ketika itu kami bercerita tentang gangguan dalam rumah kami,masing-masing ada cerita cumanya si bongsu sahaja tak pandai sangat nak bercerita.Abdullah mula bercerita bahawa sebenarnya semasa naik ke tingkat atas seorang diri dia ternampak seorang budak perempuan dalam usia 4thn berdiri  di depan cermin dalam bilik tidurku dan suami.Berpakaian putih dan lusuh dan wajahnya seperti manusia biasa tetapi berwarna hijau dan rambutnya hitam  panjang separas bahu.
  ''Abdullah tak takut ker?Dia buat apa dalam bilik ummi tu'' Aku bertanya.
  ''Ermmm takut jugak tapi Abdullah buat-buat tak tahu jer.Dia takde buat apa-apa,dia asyik duk depan cermin jer'' jelas anakku.
  ''Kenapa sebelum ini tak beritahu ummi pasal Abdullah ternampak budak perempuan muka hijau ni?''
  ''Takut ummi tak caya''
  ''Ada jumpa lagi tak sekarang ni''
  '' takde dah''
  ''Kalau ada ternampak lagi,beritahu ummie yer."
Lalu aku bercerita pada anak-anak tentang kejadian jin dan manusia dan Malaikat.Jelaskan apa yang perlu agar anak-anakku tidak terasa takut.

Cerita seterusnya dari anak ke 3,Uwaiys ,katanya sudah 3 kali melihat kelibat hitam berkepala botak juga dalam bilik saya dan suami.
  ''Tak takut ker?'' tanya aku kepada Uwaiys,nak uji sejauh mana semangat dia.
  '' Takkkk,dia bukan buat apa-apa pun,cuma berdiri jer tepi langsir bilik ummi,'' jelas Uwaiys.
Mak aii bilik aku juga,huhuhuhu.

Sebenarnya Tamiem adalah anak aku yang terawal dan terbanyak menyaksikan perkara-perkara pelik ini sebab itulah dia jadi lemah semangat.Dan si kecil pula sama cuma dia tak pandai nak bercerita apa yang dia nampak.Anak-anak selalu dengar aku panggil mereka padahal aku tak panggil pun,itu kerap berlaku.Wallahu'alam.

Aku sendiri,??hurmmm aku tahu dari dulu lagi rumahku diami ada penghuni lain tapi masa tu aku tak tahu macamana nak buktikan pada suami sehinggalah suami dan anak-anak sendiri mengalami gangguan-gangguan yang aku ceritakan.

Sekarang ini,walau berbagai cerita dan ujian kami hadapi,kami semakin selesa tinggal di sini.Alhamdulillah kami dah 'rawat' rumah ini sebaik yang kami mampu.Kenapa harus takut kan?Allah kan ada,Allah nak uji kami sekeluarga dengan gangguan ini.Semoga Allah tabahkan hati kami,insyaAllah.



No comments:

Post a Comment

"Tiada yang berkuasa melainkan Allah.Selain daripada Allah, makhluk semua langsung tak boleh beri manfaat atau pun mudharat.Allah yang Maha Pencipta dan Pentadbir. Tadbir Allah meliputi segala-galanya. Tiada yang tersembunyi walau sedikit pun."

"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji"

"Jalan menuju Syurga tidaklah dihiasi dengan bunga-bunga yang indah, melainkan dipenuhi dengan rintangan-rintangan yang berat untuk dilalui oleh manusia kecuali orang-orang yang diberi ketegaran iman oleh Allah. Tetapi ingatlah di hujung jalan ini ada Syurga yang Allah sediakan untuk hamba-hambaNya yang sabar menempuhnya."