Thursday, April 18, 2013

KAITAN BUDAK PEREMPUAN MUKA HIJAU DAN ITIK MAINAN BERBUNYI SENDIRI

   Salam sejahtera buat semua sahabat.Andai sebelum ini sahabat ada terbaca kisah saya mengenai ''
CERITA SI KECIL TERSEREMPAK DENGAN JIN  dan  ITIK MAINAN BERBUNYI SENDIRI,sebenarnya ia ada kaitan antara satu sama lain.  
     
Setelah sekian lama berlalu, dengan izin Allah akhirnya saya dapat tahu bahawa bunyi itik mainan itu adalah permainan dari 'budak perempuan kecil berwajah hijau itu' .Dia lah yang selalu mengganggu tidur kami apabila jam menunjukkan 12 pagi dan ke atas,  lebih kurang sebulan masanya sebelum kami menemui itik mainan itu. Dia lah yang membawa turun itik mainan itu yang asalnya berada atas palang bumbung rumah kami.
  
 Alhamdulillah misteri itik mainan berbunyi sendiri ini sudah terjawab dan jelas. Alhamdulillah ,sekarang ini gangguan dari 'budak' ni makin berkurang. Besar hajat 'budak' ini pada kami sekeluarga, apabila kami suruh dia keluar, dia tidak mahu dan dia mahu kami yang keluar dari rumah yang kami diami sekarang dan dia masih degil tak mahu keluar dari rumah ini. 

Katanya ini tempatnya dan rumahnya, di sini ada kubur ibu dan ayahnya ,jadi untuk keluar itu tidak mungkin. Biarlah dia, sama ada dia berbohong ke benar ke, yang penting dia tak ganggu kami lagi. Dan kami cuba usaha untuk dia pergi ke tempat yan lebih sesuai, hanya dengan izin Allah.
   
Saya sendiri tidak pernah terserempak dengan 'budak perempuan' ni, suami saya juga, kami hanya dengar dia bermain itik mainan itu sahaja. Dan anak-anak saya ada yang Allah izinkan 'nampak' budak perempuan ini dan dengar dia bermain permainan lain. Bahkan budak perempuan ini masuk dalam mimpi salah seorang anak saya.

Cerita saya ini sama ada sahabat nak percaya atau tidak itu terpulang. Saya cuma berkongsi cerita bahawa dalam kehidupan kita ini 'alam ghaib' itu memang wujud dan ada di sekitar kita cuma Allah hijabkan mata kita dari melihat semua ini. Dengan izin Allah, Allah boleh buka hijab mata/telinga/rasa untuk sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.

Wallahu'alam,
 sekian dulu cerita saya hari ini. 

(NuurMuslimatusySyaheedah)

Monday, March 18, 2013

CERITA SI KECIL TERSEREMPAK DENGAN JIN

 Si kecil tertidur di ruang tamu,lalu ku suruh abangnya berteman ambilkan lampin adik di bililk tingkat atas.Tapi Abdullah dengan beraninya berkata,
''Takpe Ummie Abdullah pergi ambil sorang jer,tak takut pun.Tak payah teman bukan ada apa-apa pun kat atas tu''. Anak ke 2 aku ni memang kuat semangat berbanding anak sulongku yang sangat-sangatlah penakut dan lemah semangat,nak naik ke tingkat atas atau kemana-mana sahaja dalam rumah ni dia takut..Dengan selambanya Abdullah turun dari tingkat atas sambil memegang lampin pakai buang adiknya.Ceria saja wajahnya seperti tidak ada apa-apa yang berlaku,jadi aku dan suami tidak ada syak apa-apa.
   Suatu hari semasa makan siang bersama-sama anak-anak,dan ketika itu kami bercerita tentang gangguan dalam rumah kami,masing-masing ada cerita cumanya si bongsu sahaja tak pandai sangat nak bercerita.Abdullah mula bercerita bahawa sebenarnya semasa naik ke tingkat atas seorang diri dia ternampak seorang budak perempuan dalam usia 4thn berdiri  di depan cermin dalam bilik tidurku dan suami.Berpakaian putih dan lusuh dan wajahnya seperti manusia biasa tetapi berwarna hijau dan rambutnya hitam  panjang separas bahu.
  ''Abdullah tak takut ker?Dia buat apa dalam bilik ummi tu'' Aku bertanya.
  ''Ermmm takut jugak tapi Abdullah buat-buat tak tahu jer.Dia takde buat apa-apa,dia asyik duk depan cermin jer'' jelas anakku.
  ''Kenapa sebelum ini tak beritahu ummi pasal Abdullah ternampak budak perempuan muka hijau ni?''
  ''Takut ummi tak caya''
  ''Ada jumpa lagi tak sekarang ni''
  '' takde dah''
  ''Kalau ada ternampak lagi,beritahu ummie yer."
Lalu aku bercerita pada anak-anak tentang kejadian jin dan manusia dan Malaikat.Jelaskan apa yang perlu agar anak-anakku tidak terasa takut.

Cerita seterusnya dari anak ke 3,Uwaiys ,katanya sudah 3 kali melihat kelibat hitam berkepala botak juga dalam bilik saya dan suami.
  ''Tak takut ker?'' tanya aku kepada Uwaiys,nak uji sejauh mana semangat dia.
  '' Takkkk,dia bukan buat apa-apa pun,cuma berdiri jer tepi langsir bilik ummi,'' jelas Uwaiys.
Mak aii bilik aku juga,huhuhuhu.

Sebenarnya Tamiem adalah anak aku yang terawal dan terbanyak menyaksikan perkara-perkara pelik ini sebab itulah dia jadi lemah semangat.Dan si kecil pula sama cuma dia tak pandai nak bercerita apa yang dia nampak.Anak-anak selalu dengar aku panggil mereka padahal aku tak panggil pun,itu kerap berlaku.Wallahu'alam.

Aku sendiri,??hurmmm aku tahu dari dulu lagi rumahku diami ada penghuni lain tapi masa tu aku tak tahu macamana nak buktikan pada suami sehinggalah suami dan anak-anak sendiri mengalami gangguan-gangguan yang aku ceritakan.

Sekarang ini,walau berbagai cerita dan ujian kami hadapi,kami semakin selesa tinggal di sini.Alhamdulillah kami dah 'rawat' rumah ini sebaik yang kami mampu.Kenapa harus takut kan?Allah kan ada,Allah nak uji kami sekeluarga dengan gangguan ini.Semoga Allah tabahkan hati kami,insyaAllah.



KENALI GEJALA-GEJALA SIHIR


Nov 29, '10 11:58 PM
for everyone

KENALI GEJALA SIHIR
Sihir diterjemahkan dengan terjemahan yang pelbagai oleh para pengkaji Timur dan Barat. Namun, secara keseluruhannya sihir bolehlah diertikan sebagai satu ilmu jahat yang diamalkan atau digunakan dengan bantuan jin bagi menghasilkan satu tindakan yang sukar diterima oleh akal manusia. Firman Allah dalam surah al-Jin ayat 6 yang bermaksud:-

"Dan bahawasanya ada beberapa orang lelaki diantara manusia meminta perlindungan kepada beberapa lelaki kalangan jin. Maka jin itu menambahkan mereka dosa dan kesalahan".

Sihir telah difirmankan oleh Allah s.w.t. di dalam kitab suci Al Quran di mana ia wujud sejak zaman Nabi Musa a.s. Sihir juga ada diriwayatkan di zaman Nabi s.a.w.

ADAKAH NABI PERNAH TERKENA SIHIR?

Persoalan sama ada nabi pernah disihir atau pun tidak telah menjadi pertikaian dikalangan para ulama Islam. Sebahagian ulama' menolaknya kerana merasakan kejadian sedemikian mengaibkan martabat nabi yang merupakan hamba yang terpelihara. Manakala sebahagian ulama' pula tidak menafikan malah membenarkan kenyataan nabi disihir, Maka dalam hal ini kita merujuk sepertimana hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud:

Dari Aisyah: “Nabi pernah disihirkan sehinggalah Baginda menyangkakan bahawa ia telah mendatangi mereka (isteri-isteri) sedangkan ia tidak mendatangi mereka”

Ulama-ulama yang menafikan hal ini memberi alasan bahawa ini merupakan sesuatuyang mengaibkan martabat Ar-Rasul s.a.w., akan tetapi menurut Qadhi Iyadh, katanya”(kejadian sihir) ini tidak mencacatkan kebenaran Baginda kerana telah jimak bahawa Nabi dipelihara dari sudut itu. Cuma yang berlaku hanyalah di bidang yang harus berlaku di atasnya, di bidang duniawi semata-mata”.Juga Qadhi “Iyadh menegaskan: “Dan sihir adalah merupakan satu daripada penyakitpenyakit”.

Dengan ini jelas bahawa adalah tidak mustahil bagi seseorang itu ditimpa penyakit yang disebabkan oleh sihir, akan tetapi hendaklah diingat bahawa ia berlaku atas keizinan Allah s.w.t. Sihir adalah sejenis ilmu yang dikuasai oleh golongan jin dan syaitan. Oleh itu bagi manusia yang mengamalkan ilmu bererti mereka akan memperalatkan dan bekerjasama dengan syaitan bagi tujuan-tujuan tersebut

CARA MENGHADAPI SIHIR

Orang-orang yang beriman dengan Allah mempunyai banyak kelebihan di dalam menghadapi sihir. Pertamanya mereka mempunyai tempat pergantungan dan tempat berlindung yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa iaitu Allah “Azza Wajalla”. Imam Ibnu Qaiyim telah berkata, Ubat yang paling bermanfaat untuk penyakit sihir ialah Al Adahihiyah Al Ailahiyah (penawar Ketuhanan) iaitu dengan banyak berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa.

Seseorang yang beriman itu menganggap bahawa sihir yang menimpanya sebagai satu ujian dari Allah. Sekiranya ia melalui ujian ini dengan cara yang betul sepertimana yang dikehendaki oleh Allah maka Insya Allah bertambahlah imannya. Kaifiat penghadang sihir ini seperti yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. telahpun dijelaskan di dalam tajuk Tibb Nabawi.

Orang-orang yang beriman hendaklah meyakini bahawa kuasa Allah S.WT. mengatasi segala-galanya baik yang ada di langit mahupun yang ada di bumi dan bahawa interaksi dengan Ayat-Ayat Allah (Al-Quran) itu sebesar-besar penawar; oleh itu mereka tidak perlu berubat dengan cara-cara yang memudaratkan aqidah seseorang seperti dengan berlindung dengan jin dan syaitan melalui perantaraan bomoh atau dukun dan jin-jin yang tidak beramal dengan petunjuk Allah S.WT.

Imam As Syafie mengharuskan penggunaan jin (Jin Islam-pen) di dalam perkara melawan sihir sahaja. Manakala Imam Hanafi, Hambali dan Maliki tidak mengharuskannya sama sekali. Oleh yang demikian kita dapati di Nusantara Melayu yang rata-rata bermazhab Syafie ramai sekali kedapatan amalan ini. Akan tetapi perlu diingatkan seperti yang dijelaskan dalam tajuk yang terdahulu (Masalah Berubat Dengan Perantaraan Jin), terdapat bahaya-bahaya yang banyak terutama bagi mereka yang jahil apabila meminta pertolongan dengan jin seperti pandangan Syeikhul Islam Ibnu Taymiyah.

KERASUKAN

Satu lagi ciri-ciri sihir ini ialah yang menyebabkan si penghidap dirasuk oleh satu kuasa hingga tidak sedarkan diri, mungkin menjerit-jerit, meronta-ronta dan lain-lain. Kuasa di sebalik kejadian itu ialah daripada golongan jin dan syaitan. Imam At-Tabrani telah meriwayatkan hadis dengan asnad yang Hassan bahawa Nabi SAW. bersabda yang maksudnya:

“Jin itu ada tiga golongan, satu golongan yang mempunyai sayap yang boleh terbang di angkasa, satu golongan berupa ular dan satu lagi golongan yang bertempat dan berpindah randah”.

Di dalam Al-Quran juga disebut jin dalam bangsa-bangsa yang disebut jin, ifrit dan syaitan. Bangsa-bangsa jin yang memegang peranan penting itu amatlah banyak, diantaranya:-
Iblis - Bapa segala jin
As Syaitan – Syaitan
Al Muraddah - Peragu (pewas-was)
Al Afariit - Ifrit (penipu-penipu)
Al A”wan - Penolong-penolong (khadam)
Al-Ghawasuum- Penyelam-penyelam
Atthiaruun - Penerbang-penerbang
Attawabi’ - Pengikut-pengikut
Al Qarna’ - Pengawan-pengawan
Al ‘Ammar – Pemaa’mur-pemaa’mur

GEJALA GANGGUAN SIHIR TERHADAP MANUSIA

FIZIKAL
1)    Kaki dan tangan kesejukan
2)    Pening kepala disebahagian atau keseluruhan
3)    Tekak / leher terasa keperitan (sakit)
4)    Terasa gatal-gatal disekitar bahagian kemaluan
5)    Bulu roma tiba-tiba meremang
6)    Dada terasa sakit dan jantung berdegub kencang.
7)    Kurang pendengaran / pekak
8)    Telingga berdesing / bising berkeruk-kerak
9)    Tengkok terasa sakit bangun dari tidur
10)  Tardapat kesan lebam di tubuh badan
11)  Ngeri / panas / sakit pada bahagian kemaluan
12)  Terasa bahang / kepanasan dimana-mana anggota badan
13)  Kaki kekejangan ketika sedang tidur
14)  Terasa mengantuk yang amat sangat (bukan diwaktu tidur)
15)  Sakit gatal-gatal berpanjangan
16)  Sakit dada atau sesak nafas atau panas atau rasa mencucuk
17)  Gangguan dipangkal rahim / prostate / ginjal
18)  Mata menjadi kabur secara tiba tiba
19)  Putih mata betukar merah berpanjangan
20)  Sakit perut atau pedih diulu hati
21)  Pangkal hidung sering gatal-gatal
22)  Sukar bangun atau duduk
23)  Sukar bergerak atau berjalan
24)  Perut semakin hari semakin membesar (Busung)
25)  Sering termuntah-muntah
26)  Batuk yang berpanjangan (berbulan-bulan)
27)  Terdengar letusan / ledakan dirumah (seperti di bumbung rumah atau di dapur)
28)  Melihat kelibat keputihan melintas didalam rumah
29)  Mendengar orang bercakap-cakap
30)  Ketawa,dan menangis, menjerit tanpa sebab
31)  Kulit bertampuk keputihan
32)  Rambut gugur dengan banyak
33)  Bisul merata tempat pada tubuh badan
34)  Badan terasa bias-bisa
35)  Badan terasa mencucuk-cucuk
36)  Mengigau / berjalan-jalan semasa tidur
37)  Merintih atau mendengkur ketika tidur
38)  Air liur basi meleleh semasa tidur
39)  Gigi geraham bergeselkan ketika tidur
40)  Gigi cepat reput
41)  Memiliki kekuatan fisikal melebihi tenaga manusia biasa
42)  Terasa pening apabila mencukur rambut

FIKIRAN / JIWA
1)    Selalu sakit kepala (migraine)
2)    Sering terlupa dan terleka
3)    Sukar melelapkan mata ketika hendak tidur
4)    Kebingungan / termanggu-mangu
5)    Fikiran sering tertekan
6)    Berbicara bersendirian
7)    Suka bersendirian
8)    Anak-anak menjadi degil / garang
9)    Anak kecil sering menanggis sehingga kejang
10)  Anak kecil sering terkejut semasa tidur
11)  Anak kecil menangis tak mahu hisap susu ibunya
12)  Anak kecil sering manangis berpanjangan tengah malam
13)  Anak berumur 2 tahun keatas masih belum bercakap
14)  Sering marah-marah / bengis tanpa sebab
15)  Isteri mengongkong suami, jika tidak ikut katanya ia akan melenting
16)  Bersikap kasar dan biadap terhadap orang tua
17)  Ketindihan (terasa seuatu yang berat menghempap ketika tidur)
18)  Selalu bermimpi yang menakutkan / mengerikan / mengerunkan.
19)  Sering buruk sangka, was was terhadap sesuatu perbuatan
20)  Dapat melihat makhluk halus (sering terjadi pada keturunan SAKA)
21)  Terdengar ada bisikan didalam hati / telinga
22)  Berbau busuk atau hanyir
23)  Tidak mendapat zuriat setelah lama berkahwin (Mandul)
24)  Mudah naik marah / berang / tersinggung / suka melenting (SAKA)
25)  Boleh meneka sesuatu kejadian yang akan terjadi
26)  Sering terlihat penyamaran jin atau hantu, orang lain tak kelihatan

PERALATAN RUMAH
1)      Peralatan letrik TV, mesin basuh, seterika, mentol lampu dan lain-lain mudah rosak
2)      Lampu terpadam dengan sendiri
3)      Peralatan letronik cepat rosak (seperti telifon bimbit & dll)
4)      Nada dering bertukar secara tiba-tiba
5)      Menerima pesanan yang menakutkan
6)      Peralatan perabut mudah patah atau pecah
7)      Pintu bilik dirumah terkunci dari dalam dan tebuka sendiri
8)      Pintu atau tingkat berdentum (seperti terhempas)

MAKANAN DAN MINUMAN
1)      Masakan mudah basi
2)      Makanan melompat atau berdiri dengan sendirinya
3)      Air minuman diats sejuk dibawah terasa panas
4)      Air minuman cepat basi
5)      Makan yang di beli cepat basi
6)      Makanan / minuman tertumpah atau terjatuh ketika hendak menjamah makan
7)      Pinggan atau gelas pecah ketika hendak makan / minum
8)      Gelas minuman meletup dan pecah berderai

IBADAH
1)      Selalu terlupa raka'at dalam solat atau ragu bilangan raka'atnya
2)      Fikiran sering terganggu
3)      Selalu was was dalam solat
4)      Sukar bangun (pagi) subuh
5)      Sering mengantuk, mata berat ketika berzikir atau  ketika membaca Al-Qur'an
6)      Sering batal ketika wudhu atau mandi junub
7)      Mendengar membaca ayat Al-Qu’an dada terasa sakit atau berdebar-debar atau gelisah
8)      Sering meninggalkan solat fardhu
9)      Membaca surah Al-Falaq, An-Nas, Al-Ikhlas, Yasin / Ayat Kursi tidak hafal atau selalu terlupa.

PERLAKUAN SIHIR TERHADAP MANUSIA

1)    Menyamar diri masuk ketubuh perawat semasa pesakit mendapatkan rawatan dengan membuat bisikan kepada hati perawat tanpa disedari (perawat kurang mahir akan berkata - si polan / anak kamu / engkau ni ada keistimewaan tertentu) berbuat sedemikian adalah bertujuan untuk kekal lebih lama dalam tubuh orang tersebut.
2)   Menghasut dengan cara membisik kedalam hati dan fikiran pesakit atau keluarga pesakit supaya membangkitkan suasana tidak percaya mempercayai kerana terasa terancam bila berhadapan dengan perawat yang mahir supaya mereka terselamat dan dapat mendiami tubuh pesakit hingga keakhir hayat, agar cita-citanya untuk menyesatkan manusia tercapai dan terlaksana.
3)    Menyembur benda yang kotor kedalam makanan atau minuman (air longkang / air limbah / kencing / najis / tanah kubur dan sebagainya)
4)    Meletakkan pelbagai racun berbisa kedalam makanan dan minuman
5)    Membawa masuk pelbagai racun berbisa ketubuh manusia
6)    Meletak mengadakan penjaganya untuk mengaktifkan dan menunggu racun dalam tubuh
7)    Sentiasa berada / berlegar-legar didalam dan luar rumah
8)    Merasuk manusia supaya membuat kerja-kerja jahat
9)    Sentiasa memerhati dan berada disetiap tempat dan sudut didalam  rumah
10)  Menganggu aktiviti ibadah manusia
11)  Menganggu anak dalam kandungan
12)  Anak dalam kandungan keguguran
13)  Anak cacat anggota semasa dilahirkan
14)  Anak yang dilahirkan pekak dan bisu
15)  Anak kecil sering memandang keatas dan ada kalanya tersenyum
16)  Mengambil / menghilangkan anak dalam kandungan
17)  Memasuki rumah ke rumah pada waktu magrib (mencari darah wanita ketika haid)
18)  Mengutip / menyedut darah manusia melalui (tuala wanita yang masih berdarah)
19)  Mengambil / memakan janin atau darah manusia
20)  Menyamar sebagai orang alim berserban
21)  Mengistiharkan / mendakwa dirinya adalah penjaga sipolan-sipolan
22)  Menyamar anggota / ahli keluarga (suami / isteri / anak / datuk / nenek / moyang)
23)  Menyamar kehadiran sebagai haiwan atau serangga
24)  Merosakkan fungsi organ atau anggota badan
25)  Penyakit yang sama berlaku / menular dalam ahli keluarga
26)  Mengawal hati dan perasaan serta fikiran manusia

GEJALA GANGGUAN MKHLUK HALUS / SIHIR / SANTAU

Sihir yang diistilahkan sebagai keturunan atau Saka Baka dalam sesebuah keluarga itu diantaranya :
1)      Mandul (bukan sebab beradat seperti kemalangan yang teruk jatuh yang kuat bersukan)
2)      Sentiasa berlaku keguguran anak dalam kandungan.
3)      Anak hilang dalam kandungan bila sampai umur enam bulan keatas.
4)      Melahirkan anak yang cacat anggota atau fikiran atau kedua-duanya sekali.
5)      Melahirkan anak yang buruk akhlak ada seperti dibawah ini:
                                i.   Iri hati ayang amat sangat
                               ii.   Cekas marah atau panas baran
                              iii.   Cemburu
                              iv.   Buruk sangka
                               v.   Mimpi yang menyeronokkan yang tidak menjadi kenyataan
6)      Susah tidur malam kecuali setelah bersusah payah
7)      Mimpi buruk yang menakutkan
8)      Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
9)      Mimpi melihat makhluk halus.
10)  Mimpi melihat binatang seperti ular,kucing,tikus dan sebagainya.

PENJAGAAN KEPADA PEMILIK SIHIR

1)      Mengaku isteri yang ghaib iaitu orang bunian (syaitan)
2)      Mengaku anak yang ghaib (anak syaitan – bunian)
3)      Membelai tuannya setiap malam
4)      Memeluk tuannya ketika sedang tidur lena
5)      Sentiasa berada diatas bumbung rumah
6)      Sentiasa bersama menemani tuanya kemana saja
7)      Sentiasa patuh kepada arahan tuannya
8)      Menunggu barangan milik tuannya
9)      Mengarahkan rakan-rakannya menunggu harta milik tuannya

PENYAMARAN SIHIR TERMASUK SIHIR SAKA KETURUNAN

1)    Menyamar kehadiran sebagai panglima, pendekar, pahlawan, permaisuri, puteri cantik, perempuan cantik, orang bunian, orang tua, ulamak berserban, berjubah, nenek kebayan, penjual ikan, ahli keluarga dan mengaku sebagai penjaga.
2)    Menyamar sebagai tikus, harimau putih, kucing putih, beruang putih, anjing hitam, ikan duyung, mawas. Ular, katak, serigala, belalang, rama-rama, anai-anai dan burung.
3)    Menjelma sebagai pocong, hantu tinggi, hantu raya, puntianak, langsuir, bajang, polong, toyol, jerangkong, jembalang, sialang, puteri bunian, hantu kopek, lembaga hitam, nenek kebayan, penanggal, pelesit. hantu tinggi, hantu galah, hantu bungkus dan sebagainya.
4)    Menunjukkan diri dengan wajah yang buruk dan hodoh, kuku yang kotor dan panjang, muka yang berkedut-kedut, kulit kedut seibu, rambut menghurai, menunjukkan taring, berbadan besar berbulu, bertanduk satu, mata merah menyala, berkepala botak, bermata satu, bongkok bertungkat, memakai tudung atau selendang, pakaian putih bersih/kotor dan koyak rabak, berbaju kebaya, dan pakaian compang comping

PERUBAHAN YANG KETARA

1)    Seseorang yang baru berkahwin tidak mempunyai nafsu terhadap isteri / suaminya.
2)   Seseorang itu merasa kadangkala terlalu panas dan kadangkala terlalu sejuk sehingga ia sanggup meminum air yang mendidih.
3)    Suami dan isteri secara tiba-tiba tidak merasa aman dalam perhubungan, benci-membenci diantara satu dengan yang lain walau pun sebelum itu mereka sangat berkasih-kasihan.
4)    Kebiasaannya gejala penyakit yang disebabkan oleh sihir lebih menonjol sewaktu senja.
5)    Penyakit-penyakit samada fizikal atau kejiwaan yang tidak dapat disahkan PUNCAnya oleh doctor-doktor yang pakar.

TINDAK BALAS SIHIR

1)      Dada terasa sakit tiba-tiba
2)      Tepi kiri dada merasa kesakitan
3)      Jantung terasa mencuck dan menyakitkan
4)      Nafas terlalu pantas
5)      Tiba-tiba pitam (bukan kerana berjemur/terkena panas matahari)
6)      Sering pitam tidak tentu masa
7)      Kesakitan didada secara mengejut
8)      Dada terasa mencucuk-cucuk
9)      Kepala sakit yang amat sangat
10)  Kaki atau tangan mengeletar
11)  Sukar atau tidak dapat kencing
12)  Terasa seperti kena tolak
13)  Tidak sedar diri apa yang berlaku
14)  Pangkal ari terasa sakit
15)  Buah zakar besar sebelah
16)  Tengkok merasa sakit
17)  Pinggang merasa sakit
18)  Tiba-tiba pening
19)  Merasa sakit dibahagian sendi-sendi
20)  Terdapat bekas lebam-lebam pada tubuh
21)  Jari jemari tangan atau kaki kebas
22)  Kesakitan yang mencucuk-cucuk
23)  Gatal-gatal secara mendadak
24)  Mata semakin kabur
25)  Perut semakin membesar
26)  Jari kaki atau tangan terasa mencucuk-cucuk
27)  Anggota badan menjadi bengkak, bonjolan atau membesar
28)  Mata menjadi merah
29)  Kerap termuntah-muntah
30)  Kaki dan tangan kesejukan
31)  Terasa sesuatu memasuki tubuh
32)  Kekejangan otot-otot
33)  Mengeluarkan bunyi - mengilai
34)  Setiap sihir akan memusnahkan ahli keluarga tuannya terlebih dahulu
35)  Setiap sihir akan memakan tuannya kembali hingga binasa

KETAHANAN DIRI
1)      Sentiasa mengingat Allah SWT (berzikir) setiap waktu
2)      Membaca Al-Qur’an dan tahu ertinya, selepas solat maghrib
3)      Menguasai Ilmu Hadis dan hukum-hukum Islam.
4)      Tekun melakukan ibadah
5)      Bergaul atau berkumpul dengan orang Soleh
6)      Memakan makanan yang halal
7)      Berpuasa setiap isnin dan kamis yang semuanya kerana Allah SWT
8)      Jangan sekali-sekali membawa ke bomoh/dukun kerana perbuatan itu termasuk syirik.

CARA MENGATASI GEJALA SIHIR

Apabila telah disahkan seseorang itu terkena sihir samada dari segi fizikal, mental atau spiritual, maka dalam dalam konsep Islam, tiap-tiap yang bermasalah ada penyelesaiannya. Tiap-tiap penyakit ada penawarnya. Islam telah membuat beberapa peraturan untuk mengatasi penyakit disebabkan sihir. Terutamanya setelah kita melihat fakta yang jelas bahawa Nabi Muhammad s.a.w. pernah terkena sihir dalam kisah yang terkenal dengan Labid bin A'sam. Peristiwa ini berlaku untuk memberitahu kita bahawa terdapat ayat Al-Qur'an yang dinamakan Al-Mu'awwizat, iaitu beramal bersungguh-sungguh dan yakin dengan ayat-ayat itu sehingga ia menjadi penawar.

Begitu juga dengan ayat Kursi dan memang dari kaedahnya ayat tersebut adalah pengubat dan penyembuh sihir. Malah Nabi Muhammad s.a.w. telah menyebut secara terperinci bahawa sihir itu boleh diubati dengan membaca enam ayat pertama surah Al-Baqarah, tiga ayat daripada surah Al-Baqarah iaitu ayat 255, 256 dan 257 dan tiga ayat terakhir daripada surah tersebut. Ayat-ayat ini hendaklah diamalkan dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T. boleh menyembuhkan sihir.

Ayat-ayat tersebut adalah seperti berikut :-
a)      Surah Al-Baqarah ayat : 1-6
b)      Surah Al-Baqarah ayat: 255-257
c)      Surah Al-Baqarah ayat: 284-286

SIHIR DALAM MASYARAKAT MELAYU

Dalam masyarakat melayu memang terkenal mengenai Ilmu Sihir. Ilmu Sihir ini selalu dikaitkan dengan Bomoh dan Dukun. Ia sering dirujuk dalam masyarakat kita sebagai perbuatan orang atau kemasukan syaitan.

Bahan yang sering digunakan oleh tukang sihir di kalangan masyarakat Melayu bergantung kepada keperluan tukang sihir itu sendiri. Lazimnya air sihir, keris, darah, telur, jarum dan patung merupakan bahan yang popular digunakan di kalangan bomoh atau tukang sihir Melayu. Di samping itu ia turut dibantu beberapa jenis jin atau hantu bagi mencapai apa saja yang dihajatinya. Antara jin atau hantu tersebut dikenali sebagai berikut :-

a)    Hantu Bungkus : Mempunyai kuasa dan boleh meresap dalam tubuh manusia,
b)    Langsuir : Perempuan yang mati ketika melahirkan anak, boleh digunakan bagi tujuan mengganggu,
c)    Polong : Bagi menghisap darah mangsa
d)    Jembalang : Tukang sihir akan membuat perjanjian dengan jembalang sebagai pengawal apabila sesuatu tapak atau kawasan diganggu oleh orang lain.

Kesemua ini diperolehi tukang sihir sama ada secara warisan keturunan nenek moyang kita atau dipelajari oleh seorang guru sihir. Dalam hubungan ini syaitanlah yang memainkankan peranan yang paling besar.

CARA PAGAR DIRI DARI TERKENA SIHIR???

Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, bahawa Baginda bersabda: “Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw”. (Imam Malik)

PAGAR DIRI DARI TERKENA SIHIR

Cara memagar diri dari ilmu hitam (sihir) di bawah ini di nyatakan cara-cara atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda pada bila-bila masa saja. ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

PAGAR DIRI PERTAMA

Makan Tamar ‘Ajwah dan Tamar Madinah.
Amalkan memakan tamar (kurma) ‘Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi:

“Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar ‘Ajwah,dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu”.

Riwayat al Bukhari.

PAGAR DIRI KEDUA

Berwuduk sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W.:
Ertinya: “Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: ‘Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci”

Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik.

PAGAR DIRI KETIGA

Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka.

Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :
Ertinya: “Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaltan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya”.

Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik.

PAGAR DIRI KEEMPAT

Rajin melalukan dan mendirikan Solat Tahajjud ditengah malam untuk memagarkan diri dari sihir. Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya.Sifat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut.

Ibnu Mas’ud r.a. telah berkata:
Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur ingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda: Ertinya: “Sesungguhnya syaitan telah kencing di dalam telinganya”

Riwayat al Bukhari dan Muslim.

PAGAR DIRI KELIMA

Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas.

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalam sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata :

Ertinya: “Dengan nama Allah. Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan”.

Riwayat al Bukhari dan Muslim.
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.

PAGAR DIRI KEENAM

Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa :

“Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki, dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya”

Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik.

PAGAR DIRI KETUJUH

Berwuduk sebelum tidur, dengan membaca Bimillah 21x, Al-fatihah, 4 Qul. al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap.

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah:

“Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi”.

Rasulullah S.A.W. telah bersetuju dengan cerita Abu Hurairah tersebut sambil berkata:

“Ia telah bercakap benar kepada engkau, walhal ía sendiri sememangnya penipu”.Riwayat al Bukhari.


Thursday, March 14, 2013

JIN JATUH CINTA DENGAN AKU??

  Mahu baca lagikah kisahku?Kalau mahu boleh teruskan membaca.Aku tidak tahu mahu mula dari mana.Samada mahu percaya atau tidak,terpulang kepada penilaian anda sendiri.Dalam minggu ini,aku memang rasa tak sedap badan.Rasa berat atas tengkuk kembali semula.Aku sudah biasa kalau sakit begini,adalah tu yang menempel padaku.Tapi kali ini lain,walaupun sakit macam orang demam,aku tetap mampu buat kerja seharian aku dengan baik dan bila melihat cermin aku tak rasa mukaku hodoh dan menakutkan seperti sebelum ini.Cuma adakalanya sakit bahgian tengkuk terasa.Aku buat-buat tak tahu dan sambil usahakan apa yang patut,rukyah diri sendiri.Alhamdulillah aku rasa lega tapi ianya tetap datang sekali sekala.
  Entah mengapa pada pagi itu,sewaktu aku mula membuka tirai tingkap di lorong ke bilikku aku terlihat kelibat seseorang yang sangat besar dan tinggi di bilik tidur ku,ianya menyerupai kelibat dan wajah suamiku,ia merenung tepat ke arahku.Tapi aku sempat lihat sekilas sahaja.Sedangkan ketika itu suami ku ada tidur berselimut di katil sebab demam.Aku bingung,betul ke yang aku nampak itu?Agaknya jin yang selalu duk main tepi rumah ni,pujuk hatiku.
  Beberapa hari lepas aku bermimpi perkara yang sama 2 hari berturut-turut.Mimpi dikepung sekumpulan lelaki jahat dan 'big boss' nya sekali,hanya kerana 'bigboss' tertarik melihat wajahku.Mereka mengejar aku dan mengepung untuk mendapatkan aku.Aku termenung kenangkan mimpi itu.Siapa lagi yang mahu ganggu hidup aku ini?!Owhh......,kupujuk hati agar terus bersangka baik.Dan aku biarkan mimpi itu tanpa mahu memikirkan lagi apa mesejnya,sehingga aku terlihat kelibat lelaki yang menyerupai suami aku tadi.
  Aku berjumpa dengan perawatku dan ceritakan apa yang aku lihat  dan apa yang aku mimpi.Dari situ tahulah aku,ada jin jantan sudah jatuh cinta dengan aku hanya kerna dia ternampak aku di satu kawasan hutan berbukit(tempat tinggal dia berhampiran perkampungan bunian),dia berkenan sangat padaku,katanya aku ni cantik dan dia mesti dapatkanku.Niat dia jahat dan aku pun tak tahu apa yang dia mahu dari aku.Dan jelaslah bahawa yang menyamar suami aku itu adalah dia.Allahu'Akbar.
  Di saat aku menulis ini,jin itu masih ada dan masih degil untuk lepaskan aku walaupun suami dah cuba ikhtiar lepaskan,dan aku yaqin Allah pasti akan bebaskan aku dari jin jantan yang terkutuk ini.Jadi kalau anda mahu ke mana-mana,jagalah adab-adab sunnah dalam safar,bermula dari anda melangkah kaki keluar rumah lagi.Di sini aku kongsikan tanda-tanda di ganggu Jin asyik.Wallahu'lam.

NuurMuslimatusySyaheedah .


Jin Asyik

Jin asyik adalah kategori jin yang menjadikan manusia sebagai kekasihnya. Jika jin bunian maka pesakit selalunya suka bersendirian dan jika pada tahap parah boleh membawa gila.Jika jin pocong, polong atau seangkatan dengannya pesakit mempunyai kesan-kesan lebam terutama di bahagian kaki kerana kesan dihisap darah oleh jin berkenaan.

Berdasarkan pengalaman merawat, saya kategorikan jin asyik kepada 2 jenis iaitu jin asyik tegar dan jik asyik suka-suka.

Jin asyik tegar adalah jin yang benar-benar mahu menjadikan mangsa sebagai pasangan hidupnya. Ia bermula dari peringkat kanak-kanak lagi. Jin ini sentiasa memerhatikan gerak-laku bakal kekasihnya sehinggalah timbul bibit rasa sayang dan akhirnya berazam menjadikan mangsa sebagai kekasih.

Mangsa jin asyik tegar akan mengalami beberapa masalah dalam kehidupan hariannya terutama melibatkan isu-isu perkahwinan. Apabila ada orang yang berminat dengannya jin asyik akan cuba menghalang dengan pelbagai cara seperti menghodohkan wajahnya, membibitkan rasa benci dan juga provokasi terhadapnya. Natijahnya dia sukar dipinang orang atau menjadi seorang pemuda yang telajak membujang.

Mangsa suka bersendirian, fobia dengan pasangan gendernya, sukar tidur malam serta sakit/pening kepala. Dimasa masa tertentu dia seakan mendengar suara atau bisikan apabila berseorangan. Lebih dari itu jin asyik berusaha menunjukan kehadirannya dengan membentuk lintasan ataupun apa saja bagi menarik pandangan kekasihnya.

Bila tidur mangsa akan bermimpi bertemu/melihat seorang pemuda (jika dia seorang wanita). Lebih ganas lagi bila dia selalu "bersama" dengan pemuda berkenaan dan melihat kanak-kanak yang kononnya adalah anak mereka berdua. Ada ketika mangsa merasa seakan ditindih.

Jin asyik akan mengganas jika kemahuannya tidak dilayan. Dia mengganas apabila kekasihnya berjaya dipikat oleh orang lain. Ketika inilah mangsa akan dalam keadaan depress samapai mahu membunuh diri.

Jin asyik suka-suka pula tidak demikian. Baginya mangsa hanyalah sebagai keperluan memenuhi nafsu sahaja. Ia datang sekali-sekali. Mangsa juga melihat kelibat, mendengar suara dsb. Tetapi tidak sekerap jin asyik tegar.

Apabila merawat gangguan jin asyik, bagi jin asyik tegar akan berada ditubuh pesakit. Pada peringkat awal dia cuba menyembunyikan dirinya walaupun dibalasah dengan pelbagai ayat rukyah. Dia hanya mengalirkan air mata tanda kesakitan dibelasah. Maka untuk itu rawatlah seperti biasa.

Bagi jin asyik suka-suka, anda akan dapati bahawa jin berkenaan tidak ada pada pesakit walaupun pesakit memberikan simpton yang jelas beliau telah diganggu. Pesakit tidak menangis dan tiada reaksi apabila scanning dilakukan. Oleh itu anda tak perlu merukyah panjang setelah usaha2 scanning dijalankan. Untuk itu tamatkan rawatan kerana jin asyik jenis ini adalah kategori touch n Go. Bekalkan pesakit dengan aroma, air rawatan dan attar kasturi untuk dipakai waktu malam. Gangguan akan dapat dihindarkan setelahmana pesakit membenteng diri dengan zikruLLAH.

WALLAHu a'lam.

petikan dari http://akrine.blogspot.com/2009/06/jin-asyik-pengkelasan-rawatan.html

Monday, February 4, 2013

ITIK MAINAN BERBUNYI SENDIRI?

Beginilah rupanya itik mainan tu tapi kotor sangat.Masih elok.
    Jam menunjukkan pukul 1.25 am.Aku masih belum tidur,terlalu bersantai di ruang tamu,hingga tak sedar malam sudah larut.Aku dan suami naik ke kamar,kemudian aku jenguk ke kamar anak-anak,mereka sudah nyenyak tidur dan CD Player dalam bilik mereka dah mereka mainkan.Tapi dalam bilik sendiri,aku rasa malas nak 'on'kan  CD Player untuk mainkan ayat-ayat Ruqyah  dan aku terus baringkan diri.Aku cuba lelapkan mata,tapi mata masih degil untuk tidur dengan lena,aku cuba lagi,lama kelamaan mataku semakin rasa mengantuk.
    Dalam pada aku sedang memaksa mata untuk lelap,tiba-tiba kedengaran permainan  kanak-kanak di tekan-tekan dan menghasilkan bunyi 'peepeeet,peepeet'.Aku rasa pelik juga,sudah lama aku tidak punya permainan 'baby' seperti 'bathroom duck' begitu.Anak-anak aku tidur,sangat tak mungkin mereka yang bermain.Lagipun bunyi tu datang dari luar rumah,di padang depan rumah.
''Anak siapa yang main mende ni malam-malam buta ni bang?''saya tanya pada suami.
"Hishh takkan anak orang sebelah .Nak abang jenguk kat luar tak?''
''Ishh jangan...takutlah,takut orang jahat ker'', lama-kelamaan bunyi tu datang mendekati ke kamar tidurku dan sangat-sangat hampir bunyinya dengan tingkap bilik aku.Bulu romaku mula tegak,kuselimutkan diri.Dan suami bingkas bangun dan perlahan-lahan menuju ke jendela,perlahan-lahan langsir disingkap.Intai,tiada siapa pun,senyap.Di depan bilik kami,ada bumbung garaj kereta.Kalau difikirkan macamana bunyi yang kedengaran dari padang,kemudian datang ke tepi bilik dan akhirnya datang ke bumbung garaj depan bilik kami,ianya seolah-olah mengelilingi bilik ini dari luar. Kemudian suami melaungkan Azan dan tiba-tiba ada 'sesuatu' yang membaling batu yang agak besar ke arah bumbung garaj kereta yang satu lagi.Kedengaran batu bergolek jatuh ke bawah,kemudian batu itu hilang dari pandangan.Kami kaget dan tahulah kami,kami diganggu lagi.Kami masuk tidur semula selepas hidupkan CD Player.
   Seminggu berlalu,suatu malam seperti biasa aku 'on' kan CD Ruqyah,kalau tak silap aku,aku dah tekan butang 'repeat All mode' tapi pada jam 2.30 pagi  aku tersedar sekali lagi, tersedar disebabkan gangguan bunyi  'peepeet' ' datang lagi.CD Ruqyah yang aku  mainkan tadi telah lama 'off' dengan sendiri.Bunyinya  masih berlegar-legar di sekitar bilik kami.Dan kami biarkan saja dan terus 'on'kan  kembali CD  Player,dan ianya kembali senyap.
  Beberapa hari kemudian,semasa aku ke garaj kereta,aku terjumpa sesuatu terbaring di suatu sudut garaj yang mana di situ ada satu paip air.Hah!Itukan 'bathroom duck',macamana ianya boleh ada di sini?Dari mana datangnya?Owhh inilah agaknya yang menggangu kami sejak dua menjak ini..Sebelum ini aku tak pernah tengok pun permainan ini di mana-mana.Aku hairan.Sebenarnya,sebelum ini kami memang tidak pasti bunyi apakah yang selalu menggangu kami.Ia seolah-olah bunyi tapak kasut 'baby' atau permainan yang lain.Selepas penemuan inilah baru aku tahu,ianya seekor itik plastik yang jika ditekan berbunyi 'peetpeet'.
  'Bathroom duck' ini sudah kotor dan buruk,dari mana ia datang aku pun tak tahu.Aku panggil anak-anak dan tunjukkan pada anak-anak.Aku sangat tidak sabar untuk beritahu suami yang aku dah jumpa punca gangguan selama ini.Anak-anak tengok,kotor sangat itik mainan itu .Kata salah seorang anakku,Tamiem,
''Ehh,Ummi inikan itik yang Pakcik (jiran sebelah) bagi dulu.Dalam kotak mainan yang Pakcik bagi dulu,memang itik ini ada tapi dah lama sangat dah Uwaiys (anak ke 3 kami)buang itik ni atas bumbung depan bilik kami,memang tak boleh nak ambik dahh''
''Owh ye??Habis tu macamana itik ni boleh ada di bawah garaj?Kalau ianya jatuh,langsung tak masuk akal sebab bumbung depan bilik Tamiem tu jauh kat sana.Sekarang itik ni ada tepi garaj depan bilik ummi,hurmmmm''Saya kehairanan dan anak-anak tidak tahu tentang itik ini berbunyi pada malam hari.Aku biarkan itik mainan tu di situ dan aku tak benarkan anak-anak sentuh itik tu.
  Apabila suami pulang aku terus tunjukkan itik mainan ini dan suami ambil air Ya sin dan rendam itik mainan tu dan biarkan ia terendam semalaman di situ.Malam tu aku sukar lelapkan mata dan tidur agak lewat.Jam menunjukkan 12.30 am dan aku terdengar bunyi seperti itik mainan itu tapi suaranya tak lepas seperti dalam kesakitan,wallhu'alam.Dan aku tertunggu-tunggu juga kalau-kalau itik tu berbunyi lagi malam tu,tapi bunyinya tersekat-sekat dan sekejap saja.Di sebabkan rasa seram aku terus masuk tidur.Keesokan harinya,suami ambil itik mainan tadi dan buang ke tong sampah.
    Tamatlah episod 'Itik Mainan' ini.Sejak itu kami tidak lagi diganggu dengan kehadiran bunyi 'peetpeet' di malam hari.Alhamdulillah.
Agak-agaknya lah kan siapalah yang datang main itik mainan tu pagi-pagi buta.(^________^)

Allah Kuasa Makhluk Tiada Kuasa.

Peace.











Monday, January 21, 2013

MAKHLUK APAKAH YANG TERBANG ITU?

   Selepas Isyak.Suami baru pulang dari Masjid dan aku masih lagi cuba membersihkan ruang tamu yang sedikit bersepah.Haihhh...Petang tadi anak-anakku buat sepah di ruang ini,aku ini memang tak boleh tengok rumah yang tak terurus,jadi aku tak boleh tangguh untuk kemas balik.Di ketika ini jua,anak-anak kecilku masih dalam bilik Solat, masih belum siap mengerjakan solat isyak berjemaah sesama mereka.

   Melihatkan aku yang masih sibuk menyapu di sekitar ruang tamu,suami buat keputusan untuk naik ke bilik di tingkat atas seorang diri untuk menukar jubahnya.Katanya agak panas untuk terus berjubah dan mahu mengenakan t-shirt sahaja.Suami naik ke tingkat atas seorang diri sambil mulutnya tak berhenti membaca al-Quran,jelas kedengaran ayat yang di bacanya iaitu Surah As-Sajdah.Itu sudah menjadi tabiat suamiku setiap kali pulang dari masjid,ada saja ayat-ayat Quran dibacanya,lebih-lebih lagi selepas solat isyak.

   Sekejap lagi masa untuk buat taklim,hanya menunggu suamiku turun dan anak-anak selesai solat sahaja.Aku terus mengemas apa yang patut.
Tiba-tiba!........................
Kedengaran namaku dipanggil.Itu suara suamiku,kenapa dia panggil aku?Tapi masih kedengaran dia membaca al-Quran .Sedangkan tadi katanya tak perlu temankan dia ke bilik.Aku mula tertanya-tanya,kenapa ya?Hah adakah???????????Aku segera naik ke tingkat atas dan cuba amat-amati suara suamiku,lain benar bunyinya,suamiku sedang azan!Bulu romaku mula meremang.Hah!sudahku jangka,mesti ada sesuatu yang mengganggu suamiku,atau ada sesuatu yang suamiku nampak.Kulihat wajah suamiku,pucat lesi dan nampak yang dia baru lepas terkejut.
   ''Kenapa bang?''
   "Tadi...abang nampak sesuatu dalam bilik kita ni!''
   ''Hurmm,apa yang abang nampak?''
Gambar Hiasan .
   ''Masa buka suis lampu ni,ada sesuatu berwarna putih terbang melintasi abang,dari tingkap sini ke tingkap sana.kelibatnya seperti kain putih sedang terbang,tu sebab abang azan tadi'',Suami menunjuk kearah tingkap yang saling bertentangan.
   ''Aku tak terkejut mendengarkan ini.Dalam bilik aku ni,anak-anak dah nampak macam-macam dah.Nanti aku cerita yer,apa yang mereka nampak.Malam tu,suami memang takut untuk pergi ke mana-mana sekitar dalam rumah ni sorang diri,agaknya kerna terkejut.
   Tapi ini bukan kali pertama suami diganggu,kiranya kali kedualah,lintasan-lintasan sebegini.Kali pertama dulu semasa suami masuk dapur seorang diri juga,ketika pintu Peti Sejuk di buka,ada sesuatu terbang dari arah belakang suami.Masa tu pun dengan mengejut dia memanggil saya yang ketika itu pun berada di ruamg tamu.Maklhuk apakah yang terbang itu?Saya ada jawapannya,terpulang pada anda mahu kan jawapan bagaimana.
  Hurmmm,sambil tersenyum aku menulis ini.Semoga kami sekeluagra terus kuat untuk menikmati keindahan hidup di sini.Wallahu'alam,

Peace!!!!!(^_~)

NuurMuslimatusSyaheedah 21/1/2013

Tuesday, December 4, 2012

MIMPI AKU DAN MAYAT LELAKI BERDARAH.

  Jam menunjukkkan jam 4.45 am,aku sendirian di satu bilik yang cuma ada katil besi di situ.Dengan seragam putih ala-ala doktor,aku menghadap katil besi itu yang di atasnya ada seorang mayat lelaki yang seluruh badannya lebam-lebam dan hampir hancur!!Tubuhnya agak berisi dan wajahnya sukar di cam.
  Iya '' watakku'' seorang lelaki.Aku tak pasti sama ada aku ini seorang doktor atau pekerja hospital kala itu.??? (lantaklah).Tiba-tiba datang seorang rakan perempuan dalam keadaan agak kelam kabut lalu berkata,''awak tolong uruskan mayat ini yer'',dia pandang penuh harapan.Aku jadi bingung????,''errr kenapa dengan mayat ni,'accident' ke?''tanyaku penuh kehairanan dan sedikit seram.Dalam keadaan tergesa-gesa,sambil berlari-lari anak dia menjawab,''agaknya laa,saya pun tak pasti,'accident' kereta kot'',lalu dia berlalu dari bilik itu,tinggalkan aku dengan mayat tadi.
      Dalam keadaan tertekan dan rasa tanggungjawab aku mula menguruskan mayat tadi,sampai lah aku mengkafankannya.Sedang aku membalut-balut tubuhnya dengan kain putih tiba-tiba keluar tompokan darah dari di kawasan dada.Aku sangat hairan!''Apa jadi ni?!'' desus hatiku,aku cuba buat-buat tak nampak tapi sedang aku masih cuba menyempurnakan proses membalut tiba-tiba darah semakin banyak keluar sehingga membasahi kain putih yang membalutnya.Aku panik dan mula rasa seram yang amat sangat,bulu roma mula tegak,kaki mula terasa sejuk,sejuk dari hujung rambut sampai hujung kaki.Aku cuba bertahan dengan keadaan itu,menunggu rakan datang menjengah tapi masih belum ada kelibat rakanku datang ke bilik itu.

      Aku cuba bertenang tapi darah yang keluar terus keluar dan membasihi katil besi tadi,katil mula penuh dengan darah!Tangan ku juga basah dengan darah.''Ya Allah! Apa ni?''.Aku mula tak tentu arah,sangat-sangat seram melihat keadaan mayat tadi.Tiba-tiba bunyi pintu di buka,hah rakan ku tadi baru menjelma dan terus mengaju soalan ini,''Dah siap uruskan mayat tadi?'',lalu saya menjawab dengan suara yang agak marah. peluh di dahi tak berhenti menitik, ''maaf saya tak boleh 'handle' mayat ni,awak lihat tangan saya penuh dengan darah,tengok laa sendiri mayat tu,saya nak keluar dari bilik ni'',.Rakan ku tadi segera meluru ke arah mayat tadi ternyata dia sangat terkejut dengan kejadian yang berlaku itu.
       Aku tinggalkan rakanku sendirian di situ,aku tak sanggup lagi untuk terus berada bersama dengan mayat berdarah tadi,kain yang membaluti mayat tadi lenjun dengan darah.''Maaf saya perlu ke bilik air'',ujarku dalam keadaan yang sangat lelah dan ketakutan.
       Saat berada di depan cermin dan sinki,aku cuba cuci habis-habisan darah di tangan,sebab aku dah tak sabar nak basahkan mukaku dengan air.Apabila tanganku sudah bersih aku segera basuh wajahku dan di cermin aku kembali melihat wajahku yang sebenar,aku sedikit lega tapi aku masih lagi dalam keadaan yang sangat ketakutan, aku cuba ingat kembali apa sudah jadi?Aku termenung,cuba ingat lagi.DARAH! yaa darah itu petandanya.Aku mula faham kenapa!...(^_^).
    Setelah beberapa lama melalui pertarungan hidup penuh misteri,Alhamdulillah aku sudah tahu siapa 'mayat lelaki berdarah' itu sebenarnya dan dia memang wujud di alam nyata ini tapi biarlah kurahsiakan siapa dia,biar Allah saja yang menilainya,wallhu'alam.



Allah Kuasa makhluk takde Kuasa.

"Tiada yang berkuasa melainkan Allah.Selain daripada Allah, makhluk semua langsung tak boleh beri manfaat atau pun mudharat.Allah yang Maha Pencipta dan Pentadbir. Tadbir Allah meliputi segala-galanya. Tiada yang tersembunyi walau sedikit pun."

"Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji"

"Jalan menuju Syurga tidaklah dihiasi dengan bunga-bunga yang indah, melainkan dipenuhi dengan rintangan-rintangan yang berat untuk dilalui oleh manusia kecuali orang-orang yang diberi ketegaran iman oleh Allah. Tetapi ingatlah di hujung jalan ini ada Syurga yang Allah sediakan untuk hamba-hambaNya yang sabar menempuhnya."